berita

Ajar Makan Nasi Lemak Guna Chopsticks Dalam Video Mat Salleh, Tiz Zaqyah Selar Kedai Ini– ‘That’s So Fake’

September 21st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon cantik iaitu Tiz Zaqyah menerusi akaun Twitter miliknya dipercayai menyelar tindakan pengusaha sebuah restoran Kopitiam di New York yang menyediakan nasi lemak di dalam mangkuk dan dimakan menggunakan chopsticks.

Kopitiam terkenal di New York

Foto: Food Insider

Berdasarkan video berdurasi 6:38 saat yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi Food Insider memaklumkan bahawa juadah kebanggaan Malaysia iaitu nasi lemak yang dihidang di dalam mangkuk dan dimakan menggunakan chopsticks sering menjadi pilihan para pelanggan Kopitiam di New York.

Menurut sumber, Kopitiam tersebut ditubuhkan sekitar tahun 2015 dan diusahakan anak Malaysia, Chef Kyo Pang yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat. Pada tahun 2017, Kopitiam ini diarahkan tutup dan pada tahun 2018 dengan bantuan seorang rakannya, Moonlyn Tsai, Kopitiam ini kembali beroperasi.

‘Dah keluar Malaysia, burukkan Malaysia’

Foto: Food Insider

Berikutan daripada video yang dikongsikan, kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah pelakon terkenal iaitu Tiz Zaqyah seakan tidak berpuas hati dengan cara penyediaan nasi lemak tersebut yang dimakan menggunakan chopsticks. Menurut Tiz, cara tersebut secara tidak langsung telah memburukkan nama Malaysia.

Nasi lemak dalam mangkuk makan guna chopsticks? That’s so fake. Dah keluar Malaysia, depa (mereka) burukkan Malaysia, tipu mat salih macam ini.

Bagaimanapun, pemilik restoran berkenaan, Kyo Pang telah memberi penjelasan kepada Tiz menerusi direct message (DM). Dia juga memohon maaf atas kesilapan laporan daripada video yang dimuat naik oleh Food Insider. Kyo Pang juga mengakui banyak perkara salah yang diterbitkan dalam video tersebut termasuklah menyebut nasi lemak sebagai nasi putih.

Respon Tiz Zaqyah

Pengusaha Kopitiam minta maaf

Sumber: Food Insider, Tiz Zaqyah

SKIP THIS AD ×