berita

AJL36 Hadkan Kehadiran 200 Penonton Sahaja, Alif Satar & Nabila Huda Pikul Tanggungjawab Sebagai Hos

February 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-36 bakal berlangsung pada 6 Mac 2022 (Ahad), secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam di TV3 dan ‘live stream’ di www.anugerahjuaralagu.comwww.tonton.com.my, dan Youtube TV3 Malaysia. 

Bertemakan ‘Ini Rentak Kita’, AJL36 menyatukan 12 lagu daripada genre muzik yang berbeza menerusi gabungan rentak 12 buah lagu. AJL kali ini juga ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama dan tabah mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19. 

Tampil gandingan hos yang mantap!

Malam kemuncak AJL 36 dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir sebagai penaja utama dan menampilkan OPPO Reno 7  5G, Pakar Potret sebagai penaja bersama, Hot FM, Buletin FM dan Molek FM sebagai rakan radio serta Audio+, Xtra, Oh Bulan!, Seismik, Sirap Limau, SAYS, Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times sebagai rakan digital. 

AJL 36 menampilkan gandingan Alif Satar dan Nabila Huda selaku hos acara kemuncak. Manakala, Sissy Imann dan Sean LJE akan mengendalikan acara Karpet Merah AJL 36 yang turut akan bersiaran di TV9 dan Youtube. Untuk pengetahuan korang, anugerah muzik berprestij ini mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. AJL 36 akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu serta Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh OPPO Reno 7  5G, Pakar Potret.

Para peminat boleh mengundi penyanyi kegemaran mereka menerusi Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh  OPPO Reno 7  5G, Pakar Potret di laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com yang berlangsung dari 9 Februari 2022 hingga 3 Mac 2022.  Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50, 000 bersama  trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12, 000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi serta hadiah wang tunai RM 6,000 daripada NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir

Hanya 200 orang penonton sahaja

Tidak seperti tahun sebelumnya, penganjuran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) pada tahun ini membenarkan kehadiran penonton, namun jumlahnya sangat terhad. Perkara ini disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks (MPTN), Datuk Khairul Anwar Salleh (Khai) dalam sidang media AJL 36.

Khai berkata, untuk tahun ini pihak produksi membuat keputusan membenarkan kehadiran penonton untuk mendapatkan semangat sewaktu beraksi. Namun begitu, Khai mengharapkan agar setiap peserta dapat menjaga kesihatan diri mereka dalam tempoh masa terdekat ini.

Sementara itu, pengarah projek AJL36, Russell Mark Rodrigues memaklumkan bahawa penonton yang dibenarkan untuk menghadiri pentas AJL36 ini hanya terhad kepada 200 orang sahaja.

Dan ia dilakukan dengan menghantar undangan kepada kelab-kelab peminat setiap peserta yang bertanding. Namun, mereka yang hadir di pentas AJL36 ini harus melakukan ujian RTK di mana-mana klinik dan membawa slip ujian itu untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang Anugerah Juara Lagu 36, layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL36, #RoadtoAJL36 dan #CantikDenganNoir untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×