berita

#AJL37: Batuk Belum Sembuh, Shiha Zikir Mohon Peminat Titip Doa

February 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37), Shiha Zikir atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir diduga dengan masalah kesihatan pada saat-saat akhir persiapan persembahan ke anugerah berprestij itu.

Artikel Berkaitan: #AJL37: Marsha Kunci Mulut Tentang Gimik ‘Kembali Terang’, Janji Takkan Terbang & Lari Atas Pentas

Artikel Berkaitan: #AJL37: ‘Chemistry’ Shila Amzah & Liza Hanim Padu, Bakal Tampil Dengan Busana Istimewa Untuk ‘Bahagiakan Dia’

Alami batuk

Shiha yang bakal mempertaruhkan lagu Irama ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves itu sedang berdepan dengan masalah kesihatan dan turut mengalami batuk yang teruk sehinga mengganggu persiapannya untuk AJL 37 pada malam ini.

Menerusi kapsyen hantaran di Instagram (IG) penyanyi yang berusia 35 tahun itu, memohon kepada pengikut untuk membantu mendoakan agar persembahan malam nanti dapat berjalan lancar dan kesihatannya dapat sembuh sepenuhnya.

Terima kasih banyak-banyak semua yang DM (Direct Message), bagi kata-kata semangat, yang mendoakan dan sentiasa support Shiha.

Sokongan rakan artis dan peminat

Menjengah ke ruangan komen, penyanyi yang juga popular dengan lagu AEWO ini juga mendapat sokongan ramai rakan selebriti dan peminat yang rata-rata mendoakan kejayaannya di pentas AJL 37 nanti.

Bertemakan ‘Dimensi Muzik’ AJL 37 bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu berentap merebut gelaran juara yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil. AJL 37 dipancarkan secara langsung di TV3 dan menerusi platform online www.tonton.com.my.

Sumber: Instagram Shiha

SKIP THIS AD ×