Menggalas tanggungjawab sebagai komposer, penulis lirik dan penyanyi untuk lagu ‘Korban’, Ernie Zakri berkata dia perlu melakukan persiapan yang sedikit berbeza untuk Anugerah Juara Lagu (AJL37), Ahad ini.
Artikel Berkaitan: #AJL37: Naim Daniel Fokus Jaga Kesihatan, Mahu Beri Yang Terbaik Kepada Penonton
Artikel Berkaitan: #AJL37: Kurangkan Ambil Rokok Elektronik & Merokok, Noki Kongsi Pantang Larang Jaga Suara
Bawa watak ekstra
Menurut Ernie, lagu ‘Korban’ merupakan satu karya yang sangat besar buat dirinya sepanjang bergelar anak seni. Tambah Ernie, dia perlu mempersiapkan diri sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.
Persiapan pada tahun ini sebenarnya berbeza sedikit sebabnya saya mempersiapkan mental saya bukan sekadar penyanyi di atas pentas tetapi kali ini membawakan ‘ekstra watak’ sedikit iaitu komposer dan penulis lirik untuk lagu Korban.
Jadi, untuk persiapan boleh dikatakan 60 hingga 70 peratus. Cuma saya tak dengar lagi ‘arrangement music’ dan bagaimana nak sampaikan lagu itu nanti.
Perancangan dan harapan
Ketika ditemui Oh Bulan! pada sidang media AJL37, penyanyi berusia 31 tahun ini meluahkan harapannya agar segala perancangan bagi lagu berkenaan dapat dilakukan dengan baik dan membuahkan hasil. Ujar Ernie, dia tidak mempunyai perancangan untuk membawa suami dan anaknya bersama ke pentas AJL.
Setakat ini saya tidak ada perancangan tapi selepas mendengar maklum balas sebegini, saya seperti muncul idea untuk membawa watak-watak penting dalam hidup saya.
Tapi buat masa ini saya rasa mungkin saya akan seorang diri sajalah di atas pentas. Kalau nak kata element of surprise tu sejujurnya saya tak boleh beritahu dulu lah kan. Nama pun surprise. Doakanlah semoga timbul sesuatu yang berbeza sedikit dari tahun-tahun yang saya pernah buat.
Mengulas lanjut, isteri kepada penyanyi, Syamel ini mengharapkan agar penonton merasai emosi yang mahu disampaikan pada malam itu nanti. Malah, Ernie juga mahu pendengar memahami cerita disebalik penciptaan lagu Korban.