Penyanyi dan ahli kumpulan K-Clique, Noki merasakan saingan terdekat antara finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) merupakan Joe Flizzow dan Sonaone yang berjudul ‘Satu Malam Di Temasik’.
Artikel Berkaitan: #AJL37: ‘Chemistry’ Shila Amzah & Liza Hanim Padu, Bakal Tampil Dengan Busana Istimewa Untuk ‘Bahagiakan Dia’
Artikel Berkaitan: #AJL37: Naim Daniel Fokus Jaga Kesihatan, Mahu Beri Yang Terbaik Kepada Penonton
Artikel Berkaitan: #AJL37: Iman Troye Rasa Diri Tidak Layak Bersaing Dengan Finalis Lain
Masih ada 20 peratus
Ketika ditemui OhBulan!, Noki menyatakan bahawa persediaan untuk persembahannya sudah 80 peratus berjalan lancar dari segi susunan muzik dan corak persembahan itu sendiri.
Tambah Noki, selebihnya dia masih dalam persiapan daripada segi latihan penuh bersama peralatan yang diperlukan semasa hari persembahan tersebut.
80 peratus sudah berjalan. Lagi 20 peratus masih dalam proses.
Baju pun saya belum fikir sebab stylist saya baru balik umrah.
Sementara itu, Noki turut menyatakan bahawa persembahan bersama MK K-Clique itu bakal mempunyai elemen-elemen kejutan yang mampu menyentuh perasaan penonton mahupun pendengar.
‘Bonus’ jika ada tempat buat kami…
Apabila ditanya mengenai saingan sengit dalam antara finalis AJL37, Noki memiliki Joe Flizzow dan Sonaone ‘Satu Malam Di Temasik’ oleh kerana pembawakan genre yang sama.
Dalam pada itu, Noki turut berkongsi dalam pantang larang menjaga suara untuk hari yang mendebarkan tersebut.
Noki kurangkan minum ais, kurangkan ambil rokok elektronik dan kurangkan merokok.
Sebelum ini, saya hanya mahukan lagu saya dan MK masuk AJL. Tapi bila sudah masuk, kita tukar target. Saya harap dapat persembahan terbaik atau antara nombor satu, dua atau tiga ke.
Kalau ada tempat itu kira bonus buat kami.
AL37 ditaja oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics yang akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari ini.