Pertama kali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), penyanyi Iman Troye menyatakan dia hanya ingin menyampaikan persembahan dengan baik.
Artikel Berkaitan: Tak Sangka Timbul Spekulasi, Iman Troye Perjelas Hubungan Sebenar Dengan Danial
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Bebas Kecam, Kakak Iman Troye Tak Seronok Jadi Keluarga Selebriti
Artikel Berkaitan: Putus Cinta Tak Halang Iman Troye Dekan Setiap Semester
Kekalkan stamina untuk persediaan
Ketika ditemui OhBulan!, Iman berkata persediaannya untuk AJL37 hanya daripada segi stamina dan susunan muzik dengan tampil kelainan dalam persembahan.
Katanya, dia ingin membawa unsur Jawa dan harapnya agar pendengar dapat menjiwai dan merasakan apa yang ingin disampaikan pada 12 Januari ini.
Sama macam artis yang lain, Iman cuba untuk kekalkan stamina dan daripada segi arrangement untuk lagu nanti.
Kali ini Iman rasa nak buat kelainan sikit sebab Iman sahaja yang bawa lagu tradisional tapi kita olah jadi moden. Jadi, kita mungkin bawak unsur-unsur Jawa nanti.
Tambah penyanyi berumur 20 tahun, dia bakal membawa watak sebagai Puteri Gunung Banang serta menggayakan busana yang berkonsepkan perkampungan.
Banyakkan minum air suam
Apabila ditanya tentang pantang larang dalam menjaga suara, Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin hanya memperbanyakkan minum air suam dan tidak mengambil ais batu.
Dalam pada itu, Iman merasakan dirinya tidak layak untuk bersaing dengan barisan finalis AJL37 yang hebat-hebat.
Untuk saya cakap pesaing sengit, Iman rasa semua sengit. Lagipun Iman tak layak untuk bersaing dengan barisan finalis.
Iman hanya ingin buat yang terbaik dan orang faham konteks yang ingin saya sampaikan.
AJL37 ditaja oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics yang akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad ini.