berita

#AJL37: Peminat Menangis Ernie Zakri Tak Menang, Syamel Cakap ‘I Love You’

February 13th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Kemenangan penyanyi Aina Abdul pada Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) malam tadi membuatkan rata-rata netizen berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan.

Namun begitu, penyanyi Ernie Zakri yang dikenali dengan vokalnya yang tinggi mencetus rasa hiba di kalangan peminatnya apabila dirinya tidak memenangi sebarang anugerah yang tersenarai.

Artikel Berkaitan: #AJL37: Nyanyian ‘Smooth’ & Bertenaga, Penonton Mahu Ernie Zakri Menang Vokal Terbaik

Artikel Berkaitan: #AJL37: Aina Abdul Ungguli AJL37, Ramalan Neelofa Tepat!

Tetap menang di hati kami

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Ernie, 30, yang terus ke dakapan suaminya, Syamel, apabila tiba di belakang pentas.

Penyanyi Ernie Zakri membawakan lagu ‘Korban’ pada malam AJL37 yang melontarkan vokalnya yang padu ketika menyampaikan lagu tersebut.

Walau bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepadanya.

Ernie Zakri menang di hati kami.

Dalam pada itu, meninjau ke laman Instagram (IG) Syamel, dia memuat naik gambar bersama Ernie dengan kapsyen yang ringkas iaitu ‘I Love You‘.

@alifshahjamil

#erniezakri menang dihati kami #ajl37 #erniezakri #korban #rocketfuelent

? original sound – Abang Jambang – Abang Jambang

‘Sumpah menangis…’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang dipercayai peminat kepada pelantun lagu ‘Ku Bersuara’ itu meluahkan rasa kecewa.

Sumber: Tiktok @alifshahjamil

SKIP THIS AD ×