berita

#AJL38: Aina Abdul Pukau Penonton! Terapung Di Udara, Pokok Bergerak & Axiata Bau Harum

March 3rd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

aina ajl pokok

Persembahan penyanyi dan komposer, Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) mendapat ‘standing ovation’ daripada 11,000 penonton yang hadir di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan: #AJL38: Aksi Terbang Aisha Retno ‘Another Level’, Terima Pujian Penonton – ‘Ini Baru BBNU Yang Berwawasan’

Artikel Berkaitan: #AJL38: Shila Amzah Harap Syada & Syahir Terhibur Tonton Persembahan ‘Opening’

Artikel Berkaitan: #AJL38: [VIDEO] Aina Abdul Tak Tidur Malam Fikir Konsep – ‘Saya Akan Berhabis Lagi Sebab Acara Ini Setahun Hanya Sekali’

Buat penonton merinding!

aina ajl pokok

Menerusi persembahan yang bertemakan ranting dan daun kering, seluruh penonton dipukau dengan bau wangian yang cukup mengharumkan di segenap ruang stadium.

Selain itu, penonton juga terkesima dengan gimik persembahan yang dilakukan Aina apabila dia terapung di udara dalam busana mewah rekaan Melinda Loi.

Tepukan gemuruh daripada penonton juga tidak henti bergema sepanjang persembahan penyanyi berusia 31 tahun itu.

Untuk rekod, Aina pernah bergelar juara bagi edisi lalu menerusi lagu ciptaannya berjudul Terus Hidup.

AJL 38 yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar bersiaraan secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil dan saluran TV3 jam 9 malam.

SKIP THIS AD ×