berita

#AJL38: Aksi Terbang Aisha Retno ‘Another Level’, Terima Pujian Penonton – ‘Ini Baru BBNU Yang Berwawasan’

March 3rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

aisha terbang

Menerusi lagu Sutera yang baru sahaja dipersembahkan sebentar tadi, penyanyi meningkat naik Aisha Retno berjaya meraih standing ovation daripada penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bukan itu sahaja, persembahan outstanding Aisha turut mencuri perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: #AJL38: [VIDEO] Diramal Bakal Juara, Aisha Retno Hargai Pujian Siti Nurhaliza – ‘Itu Adalah Tanggungjawab Besar’

Artikel Berkaitan: #AJL38: Kelab Peminat Aisha Retno Pilih Tema Jawa, Tempah Kelengkapan Dari Indonesia & China

Aksi luar biasa!

aisha terbang

Tinjauan OhBulan! di platform X mendapati rata-rata warganet memuji persembahan Aisha dan kagum dengan kreativiti yang ditonjolkannya terutama pada akhir persembahan ketika dia kelihatan seakan-akan terbang ke udara.

Persembahan unik, music arrangement pun unik.

Impactful betul persembahan Aisha Retno tadi, dari awal dia build up cantik je performance, masuk dance break dan semua lepas itu dia terbanggg.. tinggi pulak tu.

Aisha Retno is the BBNU yang berwawasan. Sutera confirm top 3!

Dalam masa yang sama, warganet juga meramal lagu Sutera bakal memperoleh persembahan terbaik di pentas AJL38 malam ini.

Kagum dengan usaha serta kreativiti Aisha Retno. Seorang bakat muda yg berani dan harus diberi lebih banyak perhatian. Semoga ada kejayaan buatmu di AJL ini.

Anugerah Juara Lagu 38 bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Anugerah berprestij itu dikhas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

SKIP THIS AD ×