Nama pelantun suara ‘Sutera’ iaitu Aisha Retno kembali mencuri perhatian netizen apabila wajahnya dikatakan semakin cengkung sehingga ada yang mendakwa ia akibat kesan pengambilan barang terlarang.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Siti Nurhaliza Puji Bakat Aisha Retno, Ramal ‘Sutera’ Jadi Juara AJL? – ‘Adik Sangat Berbakat Besar’
Pakai pendakap gigi
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, berkata penggunaan pendakap gigi membuatkan wajahnya berubah selain dirinya kurang makan.
Menurut Aisha lagi, dia sudah mula menjaga pemakanan sejak melayakkan diri dalam separuh Akhir Muzik Muzik ke 38 pada hujung Disember tahun lalu.
Saya tak ambil apa-apa pun, saya okay saja. Mungkin kesan saya kurang makan kerana saya sekarang memakai pendakap gigi. Saya tahu ada peminat yang tanya kenapa muka saya cengkung sampai tuduh saya ambil barang terlarang.
Disoal mengenai persediaan ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), Aisha berkata, dia bakal melakukan pelbagai kejutan untuk peminatnya pada malam itu.
Insya-Allah saya akan bawa 30 orang penari untuk sama-sama di atas pentas. Lain-lain saya masih nak rahsiakan lagi. Nantikan. Saya pun ada gimik yang saya pun takut nak buat. Agak tertekan sebab ini kali pertama saya sertai jadi banyak benda nak buat.
Bercerita lebih lanjut, Aisha mengakui persediaan untuk AJL38 turut terganggu apabila kakinya tercedera akibat melakukan senaman berlebihan. Meskipun mengalami kecederaan, Aisha berharap ia kembali pulih dengan segera.
Saya sebenarnya dah terkandas sikit dari fizikal saya sebab saya buat senaman secara berlebihah jadi otot itu macam pecah. Jadi bahagian kaki saya ada sedikit terjejas tapi saya harap ia akan sembuh pada hari itu nanti. Ambil masa yang agak lama juga nak sembuh.
Di akhir temu bual, Aisha berharap peminat akan terhibur dan suka dengan apa yang bakal dilakukan olehnya nanti.
Untuk peminat, jangan lupa nanti datang sokong Aisha. Aisha dan team akan buat jualan baju sutera. Jadi mereka boleh beli dan pakai sebagai tanda sokongan buat Aisha.