Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 yang akan diadakan secara langsung menerusi TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad ini bakal mencipta sejarah.
Artikel Berkaitan: Meriah Dengan Tema Muzikaverse, Alha Alfa Kosmetik Sekali Lagi Jadi Penaja Utama AJL 38
90 peratus LED
Pentas AJL38 buat pertama kalinya menggunakan teknologi pencahayaan Light Emitting Diode (LED) sebanyak 90 peratus.
Menurut Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3 iaitu Russell Mark Rodrigues berkata, meskipun produksi berdepan beberapa cabaran namun ia dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak demi pembaharuan.
Tahun ini, cabaran kita melaksanakan konsep dan tema baharu. Konsep pentas kali ini adalah 90 peratus LED.
Pada awalnya, kami hendak buat 100 peratus, tapi sebab isu bajet, hanya buat 90 peratus.
Konsep LED ini kali pertama dibuat di pentas AJL dan sejujurnya, memang agak lain daripada penganjuran tahun terdahulu.
Dari segi pentas, saiz kali ini masih sama, tapi kami lebarkan ke depan dan kelihatan lebih besar. Kemudiannya, kami juga bawakan menara tiga tingkat di sebelah kanan pentas.
Pelbagai props persembahan
Tambah Rodrigues, kepelbagaian props persembahan yang digunakan setiap finalis juga menampilkan kelainan di pentas AJL kali ini.
Istimewa AJL 38, banyak props besar dan unik digunakan untuk persembahan setiap finalis.
Kami mengambil kira semua idea dikemukakan dan dalam masa sama, kami juga menitik beratkan soal keselamatan kerana setiap finalis mempunyai idea cukup kreatif.
Kami terima semua idea, tapi produksi tetap memberikan nasihat bagi tujuan keselamatan ketika membuat persembahan. Itu antara yang diutamakan.
Alami dunia Muzikaverse di AJL38 bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac jam 9.00 malam di TV3 dan strim juga melalui Tonton.
Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital serta Hot FM sebagai rakan radio.