berita

#AJL38: Neelofa Ramal ‘Hasrat’ & ‘Astana’ Dinobat Sebagai Pemenang

March 3rd, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

neelofa amir ajl38

Tidak jadi bersara awal, pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa meramalkan lagu nyanyian Amir Jahari berjudul Hasrat bakal dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Artikel Berkaitan: #AJL38: Neelofa Pencen Awal, Minta Netizen Ramal Siapa Menang

Amir Jahari & Ernie

amir jahariajl38

Menerusi ciapan di laman X, Neelofa menyatakan itu adalah pilihan peribadi kerana dia menonton filem Imaginur.

Di samping itu, isteri kepada PU Riz ini juga memilih lagu nyanyian Ernie Zakri iaitu Astana sebagai pemenang pada malam ini (Ahad).

My #AJL38 predictions, potentially the winners are Hasrat (sebab saya suka tengok Imaginur) dan Astana.

Sebelum ini, ramalan Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor sentiasa dinantikan warganet setiap tahun kerana pilihannya selalu tepat.

Terdahulu, Neelofa berseloroh dan memaklumkan bahawa dirinya sudah bersara daripada membuat ramalan.

Neelofa juga meminta wargamaya melakukan sendiri ramalan pemenang menerusi ruangan komen ciapannya itu.

Sumber: X

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×