berita

[VIDEO] ‘Saya Tak Selesa, Itu Rumah Keluarga’ – Marsha Milan

February 4th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Marsha Milan

Baru-baru ini viral satu video memaparkan kemewahan dan kemegahan rumah penyanyi, Marsha Milan Londoh yang terletak di Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: Jom Jumpa 12 Finalis AJL 38 Di ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ 4 Februari Ini!

Artikel Berkaitan: Siap Ada Panggung Wayang & Bilik Karaoke, Netizen Terpegun Tengok Rumah Marsha – ‘Humble Betul, Tak Pernah Dia Menunjuk’

Tak berapa selesa

Marsha Milan

Berikutan daripada video viral tersebut, OhBulan! sempat menemu bual pelantun suara ‘Kembali Terang’ itu.

Menurut Marsha, dia berasa kurang selesa apabila video rumah mentuanya viral di media sosial.

Sebenarnya saya tak berapa senang sebab bagi saya rumah adalah privasi.

Kalau saya muat naik pun, saya tak menunjuk-nunjuk. Sebab takut nanti jadi apa-apa.

Terus terang itu bagi saya rumah keluarga dan bukanlah rumah saya. Bukan nak kata saya kaya, bila baca berita viral itu tak tahu nak komen apa.

Marsha ditemui pada majlis Meet & Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu Ke-38.

Tambah Marsha, video tersebut telah dipadam setelah pihaknya memberitahu individu tersebut.

Disoal sama ada selesa atau tidak menetap bersama ibu mentua, Marsha berkata, dia sangat selesa bahkan sudah menetap bersama mereka sejak awal perkahwinan lagi.

Mula-mula tak jangka yang saya akan menetap bersama keluarga mentua.

Tapi, Alhamdulillah saya biasa dengan mereka. Kalau duduk dengan suami sahaja, mungkin saya akan berasa sunyi. Lagipun duduk ramai-ramai macam ini ia menyenangkan saya.

Kadang-kadang saya perlu seseorang untuk berada di rumah selepas saya pulang dari outstations. Saya akan tahu suami berada dalam keadaan baik sekiranya saya keluar bekerja.

Mungkin semua orang tak boleh tinggal dengan ibu mentua, saya faham. Bagi saya, saya okay dan selesa.

Lagipun ibu mentua saya tinggal seorang. Ayah mentua sudah tiada. Jadi bagus juga kami saling menjaga antara satu sama lain.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×