Pemegang trofi tempat ketiga bagi Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), penyanyi Akim & The Majistret berpuas hati dengan keputusan barisan juri pada malam berprestij tersebut.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Akim & The Majistret Bakal Ulangi Kejayaan ‘Potret’? – ‘Kami Janjikan Persembahan Berbeza’
Artikel Berkaitan: Akim & The Majistret Muncul Dengan Buah Tangan Baharu, Pertaruhkan ‘Saksama’ Setelah 3 Tahun Tanpa Single
Gembira untuk semua finalis
Ketika ditemui OhBulan!, Akim atau nama lengkapnya Afiq Hakim Ahmad, 34, tidak menjangka berjaya mendapat tempat ketiga teratas AJL39.
Menurutnya, dia hanya fokus untuk mencapai sasarannya dalam menyajikan persembahan yang terbaik pada malam Ahad itu.
Bila lagu ‘Saksama’ layak masuk AJL39, fokus saya hanya nak nyanyi sebersih yang mungkin.
Saya cuba dapatkan KPI yang paling terbaik untuk saya kenang pada masa akan datang.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Akim berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Anugerah Juara Lagu-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Dalam pada itu, Akim meluahkan kegembiraannya dalam merangkul tempat ketiga bersama ahli The Majistret.
Saya sangat gembira dengan keputusan ini.
Saya harap semua peminat pun bersuka ria pada malam ini dalam meraikan muzik yang terbaik di Malaysia.