Penyanyi Ernie Zakri bersyukur apabila dinobatkan sebagai pemegang trofi Anugerah Vokal Terbaik pada malam Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Top 3 Vokal Terbaik Adalah Ernie, Aina & Nadeera’ – Ketua Juri Dedah Perbezaan Markah Sangat Dekat
Artikel Berkaitan: #AJL39: Ernie Zakri Hanya Tampilkan Gaya Bersesuaian Dengan ‘Aura’ – ‘Tampil Berbunga Tapi She Strong’
Usaha yang berbaloi
Menjawab mengenai cabaran, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, akui berdepan dengan tekanan untuk persiapan AJL39.
Menurutnya, dia hanya menyajikan persembahan mengikut kemampuannya.
Minggu ini merupakan minggu yang agak sukar.
Saya pasti, kesemua finalis berdepan dengan tekanan yang amat berat untuk AJL39, begitu juga dengan saya.
Sebenarnya suara saya belum sepenuhnya pulih, tapi saya hanya buat mengikut kemampuan saja.
Ernie berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, selepas sidang media Anugerah Juara Lagu-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Aura’ itu menyatakan bakal berehat setelah berbulan-bulan membuat persiapan AJL39.
Selepas habis AJL saya akan berehat sekejap, sebab tak lama lagi pun dah nak bulan puasa dan kemudian Syawal.
Cuma minggu depan saya ada satu show lagi, kemudian boleh rehat.