Tidak meletakkan harapan tinggi, penyanyi Hafiz Suip mengakui sedikit tertekan apabila namanya disebut-sebut bakal merangkul Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Sama Ada Menang Atau Kalah, Teruskanlah Menyokong Saya’ – Aina Abdul
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Sama Ada Menang Atau Kalah, Teruskanlah Menyokong Saya’ – Aina Abdul
Diramal vokal terbaik
Hafiz berkata, dia hanya mahu melakukan persembahan yang terbaik menerusi lagu ‘Terus Bersinar’.
Bagaimanapun, dia mengambil perkara itu sebagai satu doa yang mana peminat mahu dia memenangi kategori tersebut.
Apabila diramal bakal menang Vokal Terbaik, saya mengaku sedikit tertekan. Kerana peminat letakkan harapan yang tinggi kepada saya.
Peminat sering sebut tentang perkara itu, saya anggap itu adalah satu doa dari mereka. Saya tak mahu menyimpan harapan yang tinggi, kerana kalau tidak dapat nanti akan kecewa.
Apa pun, saya meminta semua mendoakan saya dapat membuat persembahan dengan baik.
Persediaan dari segi vokal, mental dan fizikal alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Saya sudah pergi kelas vokal juga.
Sementara itu, penyanyi asal Sarawak ini memberitahu bakal membawa seorang figura hebat dalam persembahannya.
Kenapa bawak figura ini kerana saya banyak belajar daripadanya. Dia seorang legend yang mana saya sebagai orang seni amat menghargai jasanya.
Alasan saya jemput dia kerana mahu mengingatkan semua betapa pentingnya dia dalam industri seni.
Saya sebagai ‘anak’ dia memang rindu sangat dengannya. Lama kami tidak berjumpa.
Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, AJL39 bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.