Pertama kali melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), penyanyi Aisyah Aziz meluahkan rasa syukur dan gembira kerana sudah melakukan yang terbaik.
Artikel Berkaitan: Aisyah Aziz Bakal Berkahwin, Calon Suami Bukan Orang Industri – ‘Insya-Allah Selepas Raya’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Masdo & Aisyah Aziz Akan ‘All Out’! Persiapan Sudah 99.9% – ‘Konsep Kali Ini Berbeza, Gabung Tradisional & Moden’
Gembira berada di AJL
Aisyah atau nama lengkap Nur Aishah Aziz, 30, berkata, usai sahaja membuat persembahan bersama Masdo menerusi lagu ‘Pujaanku’, dia berasa lega.
Malah, hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka disifatkan sebagai satu makna berharga buat Aisyah.
Alhamdulillah, rasa seronok sangat dapat masuk AJL. Selepas sahaja habis buat persembahan, saya sangat lega dan gembira.
Semuanya dipermudahkan. Saya juga gembira dapat jalinkan ukhwah dan persahabatan dengan Masdo. Mereka sangat baik.
Dalam pada itu, Aisyah bersyukur apabila rata-rata wargamaya memberi pujian terhadap vokalnya.
Alhamdulillah, suara diberikan ini adalah nikmat yang diberikan oleh Allah.
Busana RM35,000
Berkongsi mengenai busana unik yang digayakan, Aisyah mendedahkan harga baju rekaan Khuntumn itu bernilai RM35,000.
Busana ini merupakan rekaan Khuntumn dan ‘style’ daripada Abu. Busana itu kalau kita lihat menggabungkan moden dan tradisional.
Sangat gembira dapat sarung busana tersebut dan harganya RM35,000. Fun fact adalah itu baju paling mahal pernah saya gayakan. Baju itu ‘customed’, dijahit dengan tangan dan ‘I love it’.
Kos itu termasuk semua dengan bahagian ‘electrician’ dekat bahagian bahu, bunganya bergerak-gerak.
AJL39 menyaksikan lagu ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM100,000.
Manakala, lagu ‘Bukan Lagi Kita’ nyanyian Nadeera diumumkan sebagai tempat kedua dan lagu ‘Saksama’ oleh Akim & The Majistret ditempat ketiga.