Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang dihoskan oleh pengacara Naz Rahman bersama penyanyi, Sissy Iman telah melabuhkan tirai pada malam Ahad dengan menyaksikan 10 finalis berentap di pentas konsert akhir bagi merebut gelaran juara.
Artikel Berkaitan: Karl Shafek Tanggung Rugi RM500,00 Selepas Penaja Tarik Diri – ‘Tiada Hitam Putih Sebab Percaya Melayu Dengan Melayu’
Artikel Berkaitan: Karl Shafek Bikin ‘Kerja Gila’! Buat Runway Terpanjang Jarak 800 Meter – ‘Semoga Jadi Penanda Aras Fesyen Tempatan’
Naz Rahman, Sissy dapat pujian
Lagu Hening Rindu ciptaan komposer terkenal, Ikhwan Fattana dan Wan Salleh yang dinyanyikan oleh Marsha Milan muncul sebagai juara pada malam berprestij itu.
Acara tersebut mendapat pujian daripada orang ramai susulan berjaya menghasilkan acara yang berprotokol.
Apatah lagi, gandingan Naz dan Sissy menyerlahkan lagi malam AJL39 selepas berhasil mengembalikan kegemilangan pentas berprestij itu dengan menyajikan informasi terkini.
Keserasian yang dipamerkan turut mendapat perhatian daripada pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek, yang mengatakan pemilihan kedua-dua pengacara itu adalah satu pilihan yang tepat.
Pemilihan pengacara yang paling tepat untuk acara berprestij macam Anugerah Juara Lagu ni.
Dah lama kita sumbat otak penonton dengan lawak bodoh nak kenakan orang itu dan orang ini dalam acara besar begini.
#AJL39 kali ni paling seronok dari segi penyampaian dan informasi. Good job!
Tiada lawak kurang cerdik
Tidak hanya itu, Karl juga mengatakan kedua pengacara itu mempunyai gaya yang tersendiri dalam menjadikan acara itu menarik.
Jelasnya, meskipun tiada unsur lawak dimasukkan seperti kebiasaan namun Naz dan Sissy berjaya menarik penonton, menjadikan mereka berdua mempunyai kelas yang tersendiri.
Sebab itulah kenapa acara macam ni perlukan pengacara. Untuk link kan persembahan dengan hal-hal teknikal yang orang tak nampak and kedua-dua pengacara dah menjalankan tugas mereka dengan baik.
Sebelum ini, sesetengah warganet menyatakan perasaan kurang senang dengan pemilihan Naz dan Sissy sebagai hos pentas AJL39.
Sumber: Twitter