Dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) menerusi lagu ‘Hening Rindu’, penyanyi Marsha Milan menyifatkan kemenangan itu sebagai sebuah hadiah bermakna kepadanya selepas 20 tahun berkecimpung dalam industri muzik.
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Dinobat Sebagai Juara, Nadeera Zaini Cipta Kejutan Raih Tempat Kedua AJL39
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Top 3 Vokal Terbaik Adalah Ernie, Aina & Nadeera’ – Ketua Juri Dedah Perbezaan Markah Sangat Dekat
20 tahun terbayar
Meluahkan rasa bersyukur, Marsha atau nama lengkap Marsha Milan Londoh, 40, berkata, segala penat lelahnya terbayar dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu kerjaya seninya selama ini.
Trofi kemenangan ini sangat-sangat bermakna kepada saya kerana sudah 20 tahun saya membina nama dalam industri.
Ramai yang menyaksikan betapa saya bertungkus lumus dan berjuang dalam bidang ini (nyanyian) dan kemenangan di AJL ini sangat besar maknanya kepada saya, syukur sangat.
Marsha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media malam kemuncak AJL39 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.
Harapan menang
Tambah Marsha lagi, dia sememangnya tidak meletak sebarang harapan untuk memenangi mana-mana kategori apatah lagi bergelar juara. Namun, menganggap kemenangan itu sebagai rezeki.
Jujur saya katakan, tak letak harapan yang tinggi. Tetapi tipu la kan, dalam sudut hati timbul juga perasaan seronoknya kalau menang.
Saya anggap ini rezeki untuk saya, terima kasih kasih kepada pencipta lagu ini Ikhwan Fattana dan Wan Salleh.
‘Hening Rindu’ berjaya dinobatkan sebagai juara AJL39 sekali gus mengetepikan sembilan finalis lain.
Menerusi kemenangan itu, Marsha berjaya membawa pulang wang berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Manakala, tempat kedua dimenangi lagu ‘Bukan Lagi Kita’ nyanyian Nadeera dan tempat ketiga milik lagu ‘Saksama’ nyanyian Akim & The Majistret.