Lagu ‘Pujaanku’ antara disebut bakal mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), Masdo dan Aisyah Aziz berharap akan membawa pulang setidaknya sebuah trofi pada acara beprestij itu.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Hafiz Suip Sudah Siap Vokal & Mental, Bakal Munculkan Seorang Figura Hebat Atas Pentas – ‘Dia Legend, Lama Kami Tak Jumpa’
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Sama Ada Menang Atau Kalah, Teruskanlah Menyokong Saya’ – Aina Abdul
‘All out’
Bakal membuat kejutan, vokalis Masdo iaitu Ali Sariah berkata, mereka membawa konsep yang menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Kalau boleh nak menang. Daripada segi persiapan, kami ‘all out’ dan berharap ada sesuatu yang dapat dibawa pulang (trofi).
Tentu sekali ada kejutan daripada Masdo dan Aisyah. Penonton kena nantikan persembahan kami.
Konsep kali ini sedikit berbeza, ada sentuhan moden dan tradisional. Persiapan pula boleh dikatakan sudah 99.9 peratus.
Sementara itu, Aisyah mengakui sedikit gemuruh kerana pertama kali menjejakkan kaki di pentas AJL. Bagaimanapun, berharap segalanya dipermudahkan.
Sudah pasti nervous, tetapi dengan adanya kawan-kawan Masdo dapat kurangkan sikit perasaan gemuruh itu.
Mungkin nanti atas pentas akan nervous semula, tetapi berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.
Saya juga sangat teruja untuk muncul di AJL, dah lama sangat nak berada di AJL. Alhamdulillah dapat peluang ini, impian jadi kenyataan.
Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, AJL39 bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.