Persembahan yang paling ditunggu-tunggu daripada penyanyi Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) ternyata tidak sia-sia apabila mendapat tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ daripada penonton.
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Sama Ada Menang Atau Kalah, Teruskanlah Menyokong Saya’ – Aina Abdu
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Saya Tahu Nadeera Ada Peluang Cerah, Semoga Ada Tempat’ – Biduanita Negara
Axiata berwarna merah
View this post on Instagram
Menerusi lagu Puas Sudah, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berani memakai busana berwarna merah malah seluruh pentas turut diliputi dengan rona tersebut.
Bukan itu sahaja, Aina juga memulakan persembahannya dengan berada di dalam sangkar yang kelihatan seperti bentuk hati.
Lagu yang meruntun jiwa itu juga telah menyaksikan kemantapan vokal Aina yang tidak dapat disangkalkan lagi.
Dalam masa yang sama, kelihatan peminat-peminat penyanyi berusia 31 tahun tersebut turut memakai pakaian serba merah sekaligus memeriahkan lagi suasana di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Komen netizen
View this post on Instagram
Sementara itu, tinjauan OhBulan! di laman X mendapati, rata-rata waraganet terkasima dengan fesyen yang dibawa oleh Aina.
Tadi tema ala-ala ‘fairytale Disneyland’ dan magis. Sekarang tema sains biologi dengan urat saraf, salur darah, sel-sel badan dan mata.
Pertama kali tengok sel darah merah bernyanyi.
Apabila bercakap tentang berskala besar Aina memilikinya. Gimik fesyen yang bertemakan arteri serta vokal yang mantap, Aina ‘is next level’.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.