Pelantun lagu ‘Risiko’ iaitu Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique tidak meramal mana-mana finalis sebagai juara Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
Artikel Berkaitan: #AJL39: Ernie Zakri Hanya Tampilkan Gaya Bersesuaian Dengan ‘Aura’ – ‘Tampil Berbunga Tapi She Strong’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Akim & The Majistret Bakal Ulangi Kejayaan ‘Potret’? – ‘Kami Janjikan Persembahan Berbeza’
‘Jalan macam juara’
Menjawab tentang persediaan, Tuju meletakkan 100 peratus kelengkapan mereka untuk memberikan persembahan yang ‘berisiko’ pada malam berprestij AJL39.
Sekarang ini boleh dikatakan 100% ready.
Konsep persembahan kami risiko. Ada kebakaran tapi jangan risau, selamat.
Kami perlu jaga dari segi kesihatan dan mental.
Masa tidur dan pemakanan pun harus dijaga supaya dapat beri yang terbaik pada malam AJL39.
Berkongsi lebih lanjut, Ghidd Isobahtos tidak meletakkan sebarang harapan namun bakal membawa aura seorang juara.
Kami tidak meletakkan apa-apa harapan tapi kami akan beri yang terbaik dengan usaha kami berlatih hari-hari sehingga waktu tidur terabai.
Kalau ramalan juara kami tiada sesiapa, tapi pada malam ini kami akan datang macam kami juara.
AJL39 bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.