Diramal bakal memenangi Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), penyanyi Aina Abdul memberitahu dia tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Siapa Paling Layak Rangkul Anugerah Vokal Terbaik? Saingan 6 Penjuru Antara Hafiz, Aina, Ernie, Marsha, Nadeera & Amir
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Saya Tahu Nadeera Ada Peluang Cerah, Semoga Ada Tempat’ – Biduanita Negara
‘Mahu nyanyi sedap’
Aina yang menaruhkan karya ciptaannya sendiri berjudul ‘Puas Sudah’ berkata, dia hanya mahu melakukan persembahan yang terbaik pada malam berprestij AJL39.
Saya berharap malam ini dapat menyanyi dengan sedap dan tenang. Semoga saya dapat sampaikan maksud lagu itu dengan sebaiknya. Sudah pasti harapan mahu menang (vokal terbaik) itu ada.
Diminta mengulas mengenai keputusan undian versi media sosial yang menyaksikan dia menjadi pemenang utama, Aina meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada yang mengundi.
Doakan yang terbaik untuk saya. Ketika ini, saya hanya mahu memberi fokus sepenuhnya kepada persembahan yang akan dilakukan.
Saya harap semua mendoakan saya, sama ada menang atau kalah, selepas habis AJL39, teruslah menyokong saya dan juga karya-karya saya.
Apa pun saya terharu, kerana jumlah 30,000 itu bukan jumlah yang sikit. Saya baca semua mesej yang peminat beri, cuma tak sempat sahaja nak balas. Terima kasih menyokong saya.
AJL39 bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.