Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan kata-kata semangat kepada finalis Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Nadeera yang bakal berentap di acara berprestij itu pada 16 Februari ini.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Biduanita Negara Titip Kata Semangat Kepada Marsha Milan – ‘Semoga Dapat Sampaikan Lagu Hening Rindu Dengan Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Suip Imbas Momen Rangkul Vokal Terbaik AJL34, Tak Nafikan ‘Ku Bersuara’ Layak Menang – ‘Sorry Ernie Zakri’
‘Semoga dipermudahkan’
Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Taruddin, 46, berharap, Nadeera dapat menyampaikan lagu ‘Bukan Lagi Kita’ dengan cemerlang.
Saya doakan Nadeera yang pertama kali masuk AJL ini supaya dapat menyampaikan lagu ‘Bukan Lagi Kita’ dengan baik.
Semoga Allah permudahkan nyanyian awak. Supaya dipermudahkan, tiada benda yang mengganggu fokus.
Persembahkanlah dengan sehabis baik dan ‘enjoy’ apa yang awak nyanyi. Kalau nyanyi lagu sedih, ikut perasaan sedih supaya penonton dapat rasa.
Siti menitipkan kata-kata itu menerusi temu bual di TikTok Rocketfuel Entertainment.
Ada peluang menang
Dalam temu bual sama, penyanyi nombor satu negara itu turut menasihati Nadeera supaya menjaga kesihatan vokal dan fizikal.
Jaga kesihatan dengan baik, pastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik. Tapi kalau Allah tentukan kita tidak sihat, jangn panik.
Selain daripada itu berserah kepada Allah, sebab awak dah bekerja keras. Tawakal pada Allah. Nyanyi dengan perasaan seikhlasnya.
Menang atau kalah itu adat pertandingan. Tapi yang penting dan menyampaikan dengan baik.
Sementara itu, Siti juga melihat juara program Big Stage musim keempat itu mempunyai peluang cerah memenangi AJL39.
Saya tahu Nadeera ada peluang cerah di AJL, semoga ada tempat nanti.
Saksikan AJL39 yang bakal bersiaran langsung pada 16 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan di TV3 jam 9 malam atau boleh juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.
Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian di www.wowtix.com.my.
Sumber: TikTok