Berbaki beberapa jam lagi, acara beprestij paling dinantikan oleh peminat muzik tanah air iaitu Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) bakal berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil jam 9 malam.
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Puas Sudah’ Juara Pilihan Peminat Versi ‘Online’, Raih Hampir 30,000 Undian Tewaskan Finalis Lain
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Saya Tahu Nadeera Ada Peluang Cerah, Semoga Ada Tempat’ – Biduanita Negara
Vokal Terbaik milik?![Anugerah Juara Lagu 39](//ohbulan.com/app/plugins/a3-lazy-load/assets/images/lazy_placeholder.gif)
Selain menantikan persembahan dan kejutan yang bakal dilakukan oleh 10 finalis, peminat juga tidak sabar untuk melihat penyanyi manakah bakal membawa pulang trofi Anugerah Vokal Terbaik.
Tidak dinafikan, bagi edisi kali ini dapat dilihat ramai penyanyi yang memiliki vokal hebat, baik lelaki mahupun perempuan.
Amat sukar diramal siapakah pemenang Vokal Terbaik. Bagaimanapun OhBulan! mempunyai ramalan penyanyi yang berpeluang membawa pulang trofi tersebut.
Antara penyanyi yang menjadi tumpuan adalah Aina Abdul, Ernie Zakri, Nadeera, Marsha Milan, Hafiz Suip dan Amir Masdi.
Melihat senarai nama di atas, Hafiz merupakan pemegang rekod terbanyak dengan memenangi sebanyak empat kali Vokal Terbaik iaitu pada AJL25, AJL26, AJL27 dan AJL34.
Meskipun lama berehat, kemunculan semula Hafiz di pentas AJL39 menerusi lagu ‘Terus Bersinar’ paling dinantikan dan vokal dimiliki usah disangkal lagi.
Mengikut rapat Hafiz adalah Aina Abdul. Aina merupakan pemenang Vokal Terbaik sebanyak tiga kali iaitu pada AJL36, AJL37 dan AJL38.
Melihat kepada kejayaan itu, tidak mustahil untuk penyanyi berusia 31 tahun itu mengulangi sekali lagi kejayaanya pada edisi kali ini menerusi lagu ‘Puas Sudah’.
Sengit!
Seterusnya, penyanyi yang cukup berpengalaman di pentas AJL iaitu Ernie Zakri. Selepas memenangi vokal terbaik pada AJL32 dan AJL35, peminat penyanyi bertubuh genit itu berharap Ernie akan membawa pulang trofi Vokal Terbaik pada edisi kali ini.
Tidak dilupakan juga, Marsha Milan, Nadeera dan Amir Masdi. Biarpun ketiga-tiga penyanyi ini tidak pernah menggenggam Anugerah Vokal Terbaik, namun usah dipandang remeh kerana vokal mereka diakui ramai sememenagnya hebat.
Namun, keputusan terletak di tangan juri profesional yang bakal menilai kualiti vokal kesemua finalis pada malam kemuncak AJL39, 16 Februari ini.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.