Seorang ayah selamanya akan menjadi lelaki pertama dan terakhir yang bertakhta di hati anak-anak. Seorang ayah juga adalah hero dan penyelamat anak-anak dikala dilanda kesusahan. Pemergian ayah sememangnya satu dugaan hidup yang sangat perit untuk diterima.
Seperti perkongsian gadis ini di Twitter, ayahnya meninggal dunia selepas lebih sebulan bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat. Dia yang sangat bersedih dengan pemergian ayah meluahkan rasa hati.
Papa rehatlah ye
Kita balik sama-sama
Rasa menyesal dalam hati kakak
Semoga tenang di sana
Sumber : Farhana Izyan