Di Instagram, posting terbaharu yang dimuat naik oleh isteri kepada penyanyi, ND Lala iaitu Fauziah Sarman berjaya mencuri perhatian netizen.
Artikel berkaitan: ‘Jika Sekiranya Diam Itu Bijak, Lakukanlah’ – Status Ibu Shila Amzah Timbul Tanda Tanya
Artikel berkaitan: Netizen Petik Nama ND Lala, Tapi Isteri Kongsi Foto Bersama Sempena Anniversary?
Tidak dapat terulang kembali
Menerusi posting tersebut, Fauziah dilihat berkongsi gambar lama dia dan suami. Foto itu lebih mencuri tumpuan apabila Fauziah berkata ‘akan ada selalu waktu yang dirindukan, namun tidak dapat terulang kembali’.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia.
Beberapa hari sebelum ini, Fauziah dan ND Lala dilihat keluar bersama dan melawat pelakon, Fasha Sandha di hospital. Bukan itu sahaja, pasangan ini turut menghadiri konsert anak mereka iaitu Shila Amzah, di Plenary Hall, KLCC.
Terdahulu, viral kisah mengenai seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia. Difahamkan isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.
Berikutan kontroversi tersebut, nama penyanyi, Datuk ND Lala dipetik oleh netizen. Netizen mendakwa ND Lala merupakan individu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Sumber: Fauziah