berita

Akaun FB Atas Nama Farhan Buat Serangan Balas Pada Abby Abadi. Pulak Dah!

September 24th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-23 at 11.46.12 PM

Nampaknya, kedua-dua mereka dilihat bagaikan tidak mahu mengalah dan saling membuka aib di laman sosial sekaligus membuatkan orang ramai terus ‘menilai’ mereka.

Artikel Berkaitan: Panas!! Abby Abadi Bongkar Perbualan Bekas Suami & Rakan Yang Mengaibkan Dirinya

Buat anda yang ketinggalan, semalam Abby Abadi telah memuat naik foto yang didakwa merupakan perbualan laman sosial antara Farhan dan rakannya yang dilihat telah mengaibkan dirinya.

Erm..Rupa-rupanya, banyak lagi komen-komen panas yang ditulis oleh Farhan di sebuah ruangan portal hiburan terkenal. Siap tuduh Abby layan lelaki berpangkat Dato’ ketika mereka masih bergelar suami isteri. Biar betul?

farhan abby abadi

Dahsyat juga dakwaan yang dilemparkan oleh Farhan! Kami pun tak pasti sama ada akaun Facebook yang didakwa milik Farhan itu telah digodam ataupun dipalsukan. Tetapi, menurut Abby, akaun itu sememangnya merupakan akaun Facebook bekas suaminya itu.

Malah, menerusi foto terbaru yang dimuat naik, Abby dilihat turut menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh Farhan selama ini.

1. Kata Sy mendera dia… Gambar & cerita2 di insta sebelum ini jadi saksi.2. Kata Sy selalu paksa2 minta duit dia. Buktikanlah…Sy cuma selalu ingatkan ttg tanggungjawab sbg suami sahaja. Mampu bagi… tak mampu takpe.. Tak pernah paksa.

3. Sy minta hak Sy. Nak pusing sana sini tu kenapa ya? Kalaulah perangai Sy buruk sekalipun.. Farhan tahu sebab apa… (Tak terluah nk cerita) 4. Kata Sy ambil barang dia.. barang apa? Sy semua ada dah…. Takde apapun yg dia bg pd Sy masa kahwin.

5. Belikan Sy emas? Takdepun.. Sy bergolok bergadai emas Sy ada… 6.. Macamana buleh jadi lembu ikut kahwin? Ini biadap….. Sy takkan kahwin dgn dia kalau dia sendiri yg tak berjanji bulan bintang dengan Sy. Gambar, saksi semua ada… Hidup lagi. Allahurobbi….

7. Berkahwin hari tu suka sama suka.. bukan paksaan dr siapa2. Dan Sy tak pernah menyesal pun sbb dah terjadipun… cumanya tak sangka mcm ni sekali kenyataan dia… 8. Semoga dia cepat sembuh dari sakitnya ni…. Sila dtg jumpa Sy untuk selesaikan ini ye. Jangan sembang je kencang.

9. BUAT SAHABAT2 YG TAK TAHU, TAK FAHAM, TAK JELAS….. JANGAN TOKOK TAMBAH K. SY SIARKAN TTG ‘HUTANG’ INI KERANA CUBAAN SY UTK SELESAIKAN CARA BAIK, LANGSUNG TIDAK MENDAPAT KERJASAMA. INI CARA TERBAIK UTK KEJUTKAN DIA. SY TAKNAK APA2… SY CUMA NAKKAN HAK SY… PASTU IKUT SUKALAH NK BUAT APAPUN….

Complicated juga kisah mereka ni. Kami rasa hanya ada satu je jalan penyelesaian iaitu mereka berdua perlu berjumpa face to face dan cerita segala yang terbuku di hati. Tapi, jangan pula wujud adegan cakar-mencakar pula nanti!

Sumber : Instagram Abby Abadi

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×