Foto: Berita Harian
Tiada angin tiada ribut, dunia hiburan sebelum ini dikejutkan dengan berita pergolakan rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander dan isteri Dr Jezamine Lim.
Bagaimanapun, perbicaraan kes perceraian mereka yang sepatutnya berlangsung pada 15 Julai ini akan ditunda.
Artikel Berkaitan: Isteri Harith Iskander Fail Cerai, Belum Bersedia Kongsi Punca Masalah Rumah Tangga
Beri kerjasama
Peguam yang mewakili Dr Jezamine, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan tentang perkara tersebut. Kes yang dijadualkan akan dibicara di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta berkenaan ditunda berikutan mahkamah mempunyai urusan lain pada hari tersebut.
Memang sudah jelas kes tersebut memang wujud, tarikhnya sudah ada.
Ianya ditunda kerana mahkamah ada urusan lain. Kami akan memaklumkan tarikh baru selepas ini.
Ketika disoal tentang perbincangan berhubung kes perceraian mereka, Akberdin memaklumkan pasangan selebriti itu memberi kerjasama yang baik.
Kedua-duanya memberikan kerjasama yang baik.
Akberdin berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu seusai perbicaraan kes aktor Hafidz Roshdi.
Terdahulu, rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal tersebut didakwa sedang berdepan dengan masalah.
Difahamkan Dr Jezamine sudah memfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kes tersebut bakal disebut dalam masa terdekat.
Bagaimanapun dia belum bersedia mengulas lanjut isu rumah tangganya manakala Harith juga memilih untuk tidak memberi sebarang maklum balas mengenai permohonan cerai berkenaan.
Sebelum itu, Dr Jezamine mencuri perhatian apabila bergambar di hadapan dewan mahkamah lengkap berjubah dan bertudung bersama peguamnya.
Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.