berita

Akhirnya Kopi Dari Indonesia Kini Berada Di Malaysia Untuk Mencipta Kenangan Bersama? Hanya Untukmu!

October 20th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Try korang tanya kebanyakan penggemar kopi apa yang mereka suka atau cari dalam secawan kopi tu, mesti korang akan dapat jawapan yang berbeza-beza. Yelah, citarasa setiap orang kan lain-lain.

Ada yang suka minum kopi berdasarkan biji kopi tertentu, ada yang suka rasa kopi yang strong, ada yang suka kopi dengan susu. Macam-macam lah!

Kalau min lah kan, min suka kopi latte baru kaw! Haa…korang macam mana pulak?

Apa kata min suggest kan satu kedai kopi ni yang memang ditunggu-tunggu oleh semua coffee lover. Confirm korang tak kan menyesal!

Kenangan Coffee Indonesia kini ada di Malaysia!

Perhatian kepada semua coffee lover! Min nak bagi tahu yang Kenangan Coffee yang paling popular di Indonesia sudah membuka cawangan pertamanya di Malaysia guys!

Kalau korang nak tahu, Kenangan Coffee merupakan rangkaian kopi grab-and-go yang paling pesat berkembang di Indonesia dan kini dilihat sedang merancang untuk mengembangkan produk mereka ke seluruh dunia tau. Hebat kan!

Jenama lokal dari seberang ini juga telah berjaya memenangi pelbagai jenis anugerah antaranya adalah Brand Of The Year dalam kategori Cafe Chain dari Indonesia oleh The World Branding Awards 2020-2021. Mantap!

Kalau dah pernah menang award tu confirm kopi dia memang betul-betul sedap kan? Tak sabarnya min nak rasa!

Sentiasa berkembang dari semasa ke semasa

Bermula dengan sebagai sebuah yang kiosk kecil di Jakarta pada tahun 2017, Kenangan Coffee telah berjaya berkembang sehingga kini.

Sebenarnya Kenangan Coffee kini telah menjadi salah satu rangkaian F&B yang paling pesat berkembang di Indonesia.

Kualiti tetap no.1!

Apa yang membuat kan mereka ini lain dari yang lain ialah, semua biji kopi tersebut diproses dengan menggunakan Victoria Arduino Black Eagle dan Mythos One yang merupakan mesin espresso yang terbaik.

Tujuan mereka adalah untuk memperkenalkan perisa Nusantara yang unik untuk dinikmati oleh orang ramai.

Bukan setakat tu jer, Ketua Kopi Kenangan Coffee Mikael Jasin, juga telah memenangi Kejohanan Barista Indonesia dan menjadi orang Indonesia pertama yang muncul dalam perlawanan akhir Kejohanan Barista Dunia. Hebat kan!

Beliau yang juga pemenang tempat ke-4 Kejohanan Barista Dunia 2019 ingin mencipta satu rasa dan resepi yang unik untuk jenama tersebut.

Kenangan Coffee rasa kopi yang memikat!

Sebelum tu, min nak tanya korang tahu atau pernah rasa tak Gula Aren? Haaa…kalau nak tahu sebenarnya, Gula Aren ni ialah gula palma yang diperolehi dari pokok kelapa nipah.

Dengan gabungan ini, ia akan memberikan rasa latte yang unik, kaya serta beraroma yang akan membuatkan korang nak lagi dan lagi tau!

Mesti korang dah tak sabar nak rasa kan?

Kalau nak tahu kena lah tunggu kedai mereka bukak, sebab min pun tak tertunggu-tunggu nak rasa!

Maklumlah, Kenangan latte ni merupakan salah satu minuman yang paling popular dekat Indonesia sebab mempunyai rasa yang korang tak kan jumpa kat tempat lain.

Biar betul BUY ONE FREE ONE!

Ini yang min tunggu-tunggukan promosi sempena pembukaan kedai mereka di Malaysia!

Setiap cawangan yang dibuka akan ada promosi Buy One Free One dalam tempoh 3 hari pertama pelancarannya. Yeahhh!

Apa yang korang kena buat ialah, beli satu kopi dari menu mereka  dan terus dapat satu lagi minuman secara percuma. Ini yang kita mahukan!

Ehh kejap ada lagi, promosi ni tiada had limit tau yang penting korang kena tebus dalam tempoh 3 hari pertama pelancaran kedai mereka.

Dah excited nak beli tapi tak tahu cawangan mereka kat mana? Jangan risau ni min kongsi kan beberapa cawangan mereka yang korang boleh kunjungi.

Berikut merupakan cawangan dan tarikh pembukaannya :

  • Suria KLCC, Pusat Bandar Kuala Lumpur (18 Oktober 2022)
  • Sunway Pyramid, Petaling Jaya (22 Oktober 2022)
  • Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang (27 Oktober 2022)
  • NU Sentral, Brickfields (Akan Datang)
  • MyTOWN, Jalan Cochrane (Akan Datang)

Hanya RM5.90 untuk secawan kopi je tau…memang berbaloi lah cerita dia!

Jadi tunggu apa lagi, jangan lupa ajak kawan-kawan atau family untuk dapatkan kopi yang berkualiti dari Kenangan Coffee.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman Facebook, Instagram dan TikTok mereka.

SKIP THIS AD ×