berita

Akibat Cemburu Isteri Main TikTok Dengan Lelaki Lain, Suami Bunuh ‘Skandal’ Isteri

April 14th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara cemburu melihat isteri merakam video TikTok bersama lelaki lain, seorang suami tergamak menuyerang individu tersebut menggunakan sabit sehingga meninggal dunia.

Syak isteri curang, buat video TikTok

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, insiden cemas ini juga dipercayai berlaku kerana suspek mengesyaki isterinya dan mangsa mempunyai hubungan sulit sejak tiga tahun lepas lagi. Bukan itu sahaja, video TikTok yang dirakam mereka berdua seolah menguatkan lagi dakwaan tentang perselingkuhan tersebut.

Oleh itu, suspek yang terlalu beremosi dan tidak dapat menahan cemburu terus bertindak menyerang mangsa di sebuah kawasan yang tidak jauh dari rumahnya yang terletak di Jawa Timur, Indonesia. Suspek telah menetak mangsa menggunakan sabit sehingga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Serang lelaki dalam video

Sekadar gambar hiasan

Mangsa kemudian ditinggalkan sendirian dengan tubuh badannya dipenuhi luka dan berlumuran dengan darah. Menurut sumber, mayat mangsa kemudian ditemui oleh penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut. Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian.

Hasil daripada soal siasat, suspek mengaku telah melakukan pembunuhan itu kerana cemburu dengan keakraban mangsa dan isterinya. Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan suspek untuk tindakan selanjutnya. Mereka juga tidak menolak kemungkinan bahawa pembunuhan itu dilakukan lebih daripada seorang kerana mereka mendapati terdapat banyak luka pada badan mangsa.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×