berita

Akibat Cemburu, Kakak Tergamak Tikam Adik 28 Kali Masa Tidur, Sempat Tulis Nota ‘Berdarah’ Buat Ibu

March 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Jerman, seorang gadis berusia 15 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa atas pertuduhan membunuh adik kandungnya yang berusia 3 tahun.

Tikam 28 kali

Menerusi laporan Mirror Uk, kejadian itu berlaku ketika ibu kandung mereka tiada di rumah. Difahamkan, suspek yang dikenali dengan nama Oliwia dikatakan telah tinggal bersendirian di rumah sebelum ibu memintanya untuk menjagakan adik lelakinya, Niko. Suspek kemudian bertindak di luar kawalan apabila dia dengan sengaja telah menikam adik lelakinya sebanyak 28 kali ketika mangsa sedang tidur.

Apa yang lebih mengejutkan apabila suspek kemudian telah menulis nota buat ibunya pada dinding bilik dengan menggunakan darah adik lelakinya itu. Menurut sumber, pihak polis enggan mendedahkan kandungan nota yang ditulis oleh suspek.

Sempat tulis nota guna darah

Sebaik sahaja ibu mereka, Agnieska tiba di rumah dia amat terkejut apabila melihat darah telah memenuhi ruangan dinding rumah yang didiami mereka sekeluarga. Wanita itu kemudian melihat Niko itu sudah terbaring dengan keadaan tidak bernyawa manakala anak perempuannya itu sudah pun melarikan diri.

Pihak polis seterusnya melakukan pencarian untuk menjejaki suspek dan akhirnya mereka menenui Oliwia kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian. Menurut pihak polis, ketika melakukan penahanan terhadap suspek, dia berada dalam keadaan tenang dan tidak bertindak agresif.

Dipenjara 10 tahun

Difahamkan, sejak kejadian ngeri itu menimpa anak kandungnya, Agnieska telah menerima rawatan di pusat psikiatri tetapi malangnya dia terpaksa keluar daripada pusat rawatan tersebut untuk bekerja kerana tidak mempunyai wang untuk meneruskan hidup.

Menurut bekas teman lelaki Agnieska iaitu Dimitri memberitahu Oliwia dikatakan sangat mencemburui dengan adik lelakinya itu.

Agnieska dan saya telah berpisah tiga bulan yang lalu, Oliwia cemburu pada adik bongsunya itu dan berasa tersisih.

Oliwia yang mengaku melakukan pembunuhan terhadap adik lelakinya itu akan berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun. Namun menurut pendakwa raya Jerman, perbicaraan itu akan dilakukan secara tertutup memandangkan suspek masih berada di bawah umur.

Sumber: Mirror Uk

SKIP THIS AD ×