berita

Akibat Cemburu, Suami Penggal & Bawa Kepala Isteri Ke Balai Polis

October 13th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Malang nasib yang menimpa si isteri apabila kepalanya dipenggal oleh suaminya sendiri. Kejadian ini berpunca apabila si suami mengesyaki isterinya curang. Kejadian ini berlaku di Utta Pradesh, India.

Bawa kepala ke balai polis

Foto: Gulf News

Si suami yang dikenali sebagai Chinnar Yadav bertindak memenggal kepala isterinya yang dikenali sebagai Vimala. Vimala ketika itu meninggal di tempat kejadian, Chinnar ketika itu bertindak membawa kepala isterinya yang sudah terputus ke balai polis untuk menyerahkan dirinya.

Motif kejadian adalah disebabkan cemburu buta si suami kepada isterinya. Video tertuduh berjalan sambil memegang kepala isterinya juga viral di media sosial.

Sempat bergaduh

Gambar sekadar hiasan

Sebelum Chinnar bertindak memenggal kepala isterinya, pasangan ini sempat bergaduh sebelum Chinnar bertindak menyerang isterinya dengan senjata tajam lalu membunuh Vimala.

Pasangan ini mula berkahwin kira-kira dua tahun yang lepas. Kini, Chinnar telah ditahan oleh pihak polis dan mayat isterinya sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Sumber: Gulf News

SKIP THIS AD ×