berita

Akibat Gila Selfie Ekstrim, Lelaki Ini Maut Jatuh Dari Tingkat 9

October 2nd, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

jatuh

Siapa sangka kerana untuk ambil gambar selfie yang super ekstrim akhirnya bawa maut. Mungkin kisah ini boleh dijadikan teladan untuk semua orang.. Kejadian ini berlaku di Russia, seorang lelaki yang bernama Audrey R maut apabila cubaan untuk tangkap gambar selfie di sebuah bangunan tingkat 9.

Rakan bagi nasihat, tapi degil

Screen Shot 2015-10-02 at 12.52.08 AM

Menurut laporan DailyStar, Audrey R terjatuh ketika cubaan ingin mengambil gambar selfie di sebuah bangunan tingkat 9, tapi malangnya itu merupakan selfie yang terakhir untuk Audrey kerana gagal dan terjatuh dari bangunan tersebut.

Audrey kemudiannya dikejarkan ke hospital dan maut tidak lama kemudian.

Menurut rakan mangsa, dia telah beri nasihat supaya menghentikan ambil selfie di kawasan bahaya kerana sedar jika tersilap langkah, maut pasti akan menanti.

Tak endah dengan nasihat tu, sebaliknya Audrey makin ketagih untuk ambil gambar selfie yang gila ekstrim.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×