berita

Akibat Ketagih Seks, James Franco Mengaku Pernah Tidur Dengan Beberapa Pelajarnya

December 24th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Foto: BBC

Selepas hampir 4 tahun berdepan dengan kontroversi gangguan seksual, pelakon terkenal Amerika Syarikat iaitu James Franco akhirnya mengaku pernah tidur dengan beberapa pelajar di sekolah lakonan kendaliannya.

James tidak tahu ianya satu kesalahan

Foto: The Guardian

Dalam satu temubual di rancangan The Jess Cagle Podcast, pelakon yang berusia 43 tahun ini mengaku dirinya bergelut dengan ketagihan seks namun selepas terpalit dengan isu gangguan seksual pada tahun 2016, dia berusaha memperbaiki tingkah lakunya untuk menjadi individu yang lebih baik.

James mengaku perbuatannya meniduri beberapa pelajar dari sekolahnya adalah satu kesalahan dan dia juga sudah menyesal dengan perbuatannya itu. Meskipun begitu, James menegaskan dia tidak menubuhkan sekolah lakonan berkenaan untuk mengumpan para pelajarnya dengan tujuan seksual.

Tambahnya lagi, pada ketika itu dia beranggapan semuanya akan baik-baik sahaja sekiranya kedua-dua pihak ‘rela’ melakukan perbuatan itu.

Tidur dengan anak murid dan itu salah. Masa itu saya rasa jika dia bersetuju, bermakna okey. Saya tidak jelas tentang perkara berkenaan pada ketika itu.

Berikutan daripada itu, James bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak USD 2.2 juta (RM9.2 juta) untuk menyelesaikan tuntutan sivil yang melibatkan dirinya.

Sumber: BBC

SKIP THIS AD ×