Impian dua lelaki warga tempatan untuk bekerja di kota London bertukar menjadi memori pahit buat mereka apabila terpaksa menjadi gelandangan di ibu negara United Kingdom itu.
Artikel Berkaitan: Beratur Ambil Makanan Percuma, Anak Jackie Chan Jadi Gelandangan?
Artikel Berkaitan: Tular Wanita Seperti Zalina Azman Muncul Di Restoran, Polis Sahkan Individu Sebenarnya Seorang Gelandangan
Ditipu ajen pekerjaan
Difahamkan, hasrat dua orang adik beradik, Mohamad Araz Abdullah berusia 23 tahun dan Mohammad Aiman berusia 30 tahun itu terkubur selepas ditipu oleh seorang ejen pekerjaan yang menjanjikan kehidupan ‘kayangan’ kepada mereka.
Menurut Mohamad Araz, dia tidak menyangka niatnya untuk bekerja di London demi mengubah nasib keluarga akhirnya mengundang musibah buat dirinya serta abangnya.
Ujian yang paling perit yang kami tidak dapat dilupakan adalah terpaksa mengutip sisa makanan ditinggalkan orang ramai bagi mengisi perut di kota London.
Tambah lelaki berusia 23 tahun itu, dia teruja untuk bekerja di kota terbabit selepas mengikuti perkongsian video dan gambar oleh seorang lelaki di TikTok yang menawarkan kehidupan yang lebih baik di London.
Kami menghubungi seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ejen pekerjaan di London dan dia juga sanggup bertemu kami di Kuantan, Pahang, bagi membincangkan prosedur ke London. Kami dijanjikan pekerjaan, visa, tempat tinggal, wang poket dan tiket penerbangan dua hala selain lelaki berkenaan juga meminta bayaran keseluruhan RM10,000 bagi menampung kesemua kos.
Walau bagaimanapun, semua janji yang ditabur terkubur apabila terpaksa menjalani kehidupan sebagai gelandangan selama empat hari di London sebelum diselamatkan oleh seorang lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai Chef di sana.
Bukan itu sahaja, adik beradik ini juga tepaksa tinggal di kaki lima bangunan dan mengambil makanan yang disedekahkan di gereja. Malah, mereka juga tidur dalam kesejukan kerana suhu yang amat dingin disana dan mengutip sisa makanan yang ditinggalkan selain terpaksa meminta wang daripada beberapa individu bagi meneruskan kehidupan.
Kami terpaksa berjalan kaki hampir dua jam pada hari keempat untuk sampai ke Bayswater dan di situ kami bertemu Mich yang menjadi penyelamat kami.
Sumber: Harian Metro