Di London, kaki seorang pelajar terpaksa dipotong akibat sepsis (bakteria dalam darah) selepas memakan lebihan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk.
Suhu badan terlalu tinggi
Menerusi laporan New England Journal of Medicine, pemuda yang dikenali sebagai JC itu memakan hidangan ayam dan mi dibeli rakannya dari sebuah restoran pada malam sebelumnya dan serta-merta jatuh sakit. Suhu badannya juga sangat tinggi dan degupan jantungnya meningkat kepada 166 denyutan seminit sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk diberi ubat penenang.
Menurut rekod, budak lelaki itu tidak mempunyai sebarang alahan. Malah, dia sudah menerima semua vaksinasi ketika kanak-kanak dan jarang minum alkohol. Bagaimanapun, JC mempunyai tabiat buruk iaitu menghisap dua kotak rokok setiap minggu dan ganja setiap hari.
Keadaan JC semakin bertambah teruk dan terpaksa dibawa ke hospital lain melalui helikopter untuk rawatan lanjut. Berdasarkan laporan perubatan, JC dalam keadaan sihat sehingga 20 jam sebelum dimasukkan ke hospital. Dia mengalami sakit perut dan loya selepas makan nasi, ayam, dan lebihan makanan dibeli dari restoran.
Sumber: Daily Mail