Tindakan seorang teman lelaki yang memukul teman wanitanya selepas gadis berkenaan meminta untuk mengahwininya telah diberkas pihak polis apabila videonya tular di platform media sosial baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Pukul Kepala & Tendang Berkali-Kali, Video Ganas Suami Pukul Isteri Cetus Amarah
Ditendang dan ditampar
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan India Today, suspek, 24 dan mangsa, 19, dipercayai sepasang kekasih yang sedang bertengkar sesama sendiri sebelum kejadian mangsa dipukul berulang kali.
Video yang tular tersebut kelihatan suspek mula menunjukkan riak wajah yang kurang menyenangkan apabila mangsa mula meminta suspek mengahwininya. Tertuduh mula bertindak ganas dengan menendang serta menampar muka teman wanitanya berkali-kali.
Menurut Pegawai Polis Naveen Dubey, suspek menetap di kampung Dhera di kawasan Mauganj.
Walau bagaimanapun, si mangsa enggan melaporkan aduan kepada pihak atasan atas kejadian yang berlaku padanya dan menyebabkan tertuduh dibebaskan selepas ditahan ke atas kesalahan menganggu ketenteraman awam.
Susulan daripada itu, suspek tetap ditahan atas video yang tular di media sosial yang mendatangkan kecederaan kepada si mangsa. Namun, mangsa membuat laporan atas individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut.
Sumber: India Today