Di Alor Setar, Kedah, pihak bomba berjaya menanggalkan cincin pada kemaluan seorang lelaki di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), tengah malam tadi.
Artikel Berkaitan: Bomba Pujuk Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Cuba Terjun Pencawang
Artikel Berkaitan: Dah Macam Gangguan Seksual, Video Abang Bomba Terima Banyak Komen Nakal
Potong cincin di kemaluan
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.45 tengah malam.
Susulan daripada itu, sepasukan anggota bomba telah dihantar ke lokasi bagi membantu pihak hospital untuk memotong cincin yang tersekat pada kemaluan mangsa. Tambah Ehsan, pihaknya menggunakan alat pemotong khas untuk memotong cincin terbabit dan ia dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan.
Sumber: Harian Metro