berita

Aksi Polis Kawal Trafik Sambil Joget Dangdut Undang Tawa Pengguna Jalan Raya & Netizen

February 25th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Aksi seorang polis trafik di Indonesia mengawal lalu lintas sambil berjoget dengan iringan lagu dangdut yang tular di media sosial undang tawa pengguna jalan raya dan netizen.

‘Bukti cintakan pekerjaan’

Foto: Tiktok

Menerusi perkongsian video @underc0ver.id di laman Instagram, seorang polis yang memakai uniform lengkap dengan topi putih dan rompi berwarna hijau neon gembira berjoget dengan iringan lagu dangdut ketika menjalankan tugas mengawal keadaan trafik.

Telatah polis trafik tersebut ternyata menambat hati pengguna jalan raya yang seakan-akan memberi respon kepada anggota itu yang sentiasa mengangkat jari menunjukkan tanda ‘bagus’ kepada kenderaan yang melintasinya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ternyata netizen turut tertawa dengan adegan polis trafik itu dan ramai yang memujinya kerana gaya kerjayanya yang menunjukkan dia sangat mencintai kariernya.

Begini baru terbukti cintai pekerjaan anda walaupun penat menjalankan tugas seharian.

Pemandu kenderaan juga boleh hilang tekanan melihat gaya polis ini menari.

Video penuh

Sumber: Suarajogja

SKIP THIS AD ×