berita

Aksi Sekumpulan Semut Kantoi Angkut Rantai Emas Tarik Perhatian, Netizen Syak ‘Mereka’ Nak Jual Emas Untuk Beli Gula

January 28th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, semut merupakan salah satu jenis serangga yang mampu membangkitkan emosi seseorang terutamanya buat suri rumah. Pantang makanan terdedah sahaja, habis dihurungnya!

Tetapi kali ini berbeza pula kisahnya apabila sekumpulan semut ini bukannya menghurung makanan tapi diangkutnya perhiasan emas. Dengar macam pelik kan? Tapi itulah sebenarnya yang berlaku di sebuah rumah di Indonesia.

Bukan ambil gula tapi rantai emas!

Baru-baru ini, viral satu video di TikTok memperlihatkan sekumpulan semut kantoi sedang mengangkut rantai emas untuk dipindahkan ke tempat yang lain. Kejadian yang jarang berlaku itu berjaya dirakam oleh pemilik barang perhiasan tersebut sebelum dimuat naik di akaun TikTok, Nayanaya51430.

Namun mujurlah individu ini menyedari kejadian itu. Jika terlewat sikit, habis barangan berharga diangkut sekumpulan semut itu ke sarang. Dakwanya lagi, sekiranya rantai itu hilang, ianya secara tidak langsung akan menimbulkan fitnah dalam kalangan ahli keluarganya. Pasti mereka akan tertanya-tanya siapakah individu yang ‘mencuri’ rantai tersebut.

Nasib baik nampak, kalau tak ‘hilang’ rantai

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui agak hairan bagaimana sekumpulan semut tersebut boleh ‘bersepakat’ untuk mengangkut barang perhiasan itu.

Saya tidak tahu nak kata apa lagi, tetapi serius saya terkejut ke mana semut itu nak bawa rantai saya. Harap selepas ini orang lain akan tahu dan lebih berhati-hati dalam menyimpan barang. Ini modus pencurian yang baharu.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 2 juta tontonan dan menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur dengan ‘aksi’ tersebut. Malah segelintir daripada mereka sempat bergurau mengatakan sekumpulan semut itu mahu menjual rantai emas tersebut untuk membeli stok gula.

Video

Sumber: Nayanaya51430

SKIP THIS AD ×