Sweet Qismina dan Adam Lee yang menjalinkan hubungan mesra selama tiga tahun sah bergelar suami isteri pada pagi Isnin di The Boathouse, Ampang. Namun, di sebalik kemeriahan majlis perkahwinan mereka, terdapat segelintir netizen yang menegur aksi tarian pelakon yang berusia 25 tahun itu.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Sah Bergelar Isteri Adam Lee
Artikel Berkaitan: ‘Hari Ini Saya Mengambil Tanggungjawab Sebagai Suami’ – Adam Lee Pilih Tarikh Lahir Sweet Qismina Jadi Saksi Cinta
Perlu ke menari-nari
@liprincessas power ?? #sweetqisminaofficial #sweetqismina #sweetqisminizers
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang individu (@piyaasoff) di aplikasi Tiktok, Sweet sedang menari bersama dengan beberapa orang lain di majlis perkahwinannya yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan.
Walau bagaimanapun, aksi pelakon Adam Chempaka itu mengundang pelbagai reaksi dan tanggapan daripada para netizen. Terdapat segelintir netizen yang menganggap majlis perkahwinan yang penuh adat itu seharusnya diraikan dalam suasana ketimuran.
Netizen mempersoalkan
Untuk rekod, Sweet Qismina dan Adam Lee sah bergelar suami isteri semalam, 24 Oktober 2022, kira-kira 10:40 pagi di The Boathouse, Ampang.
Sumber: @piyaasoff