berita

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Berkuatkuasa 23 Oktober, Hukuman Berat Menanti Pesalah

October 22nd, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Tragedi kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya sikap kecuaian pemandu itu sendiri, faktor jalan yang tidak rata dan sebagainya. Terkini, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 membawa hukuman yang lebih berat bagi kesalahan lalu-lintas khususnya berkaitan Seksyen 41 hingga Seksyen 45.

Pindaan Akta

Menurut laporan Harian Metropindaan akta yang terbaru ini akan berkuat kuasa bermula 23 Oktober ini.

Pihak Kementerian Pengangkutan Jalan sudah menerima penetapan tarikh permulaan kuat kuasa akta itu daripada Jabatan Peguam Negara dan sudah ditandatangani.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Sr Wee Ka Siong, turut berharap dengan adanya pindaan akta ini, akan meningkatkan tahap kesedaran kesemua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang lalu lintas bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Seksyen 41 yang membabitkan kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan. Pesalah akan dikenakan hukuman penjara selama lima hingga 10 tahun dengan kadar denda sebanyak RM 20,000 hingga RM 50,000.

Selain itu, pindaan terhadap Seksyen 44 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kes yang menyebabkan kecederaan dan mengakibatkan kematian seseorang.

Hukuman bakal dikenakan

Gambar sekadar hiasan

Pesalah yang menyebabkan kematian semasa memandu akan dipenjara antara 10 dan 15 tahun serta nilai denda antara RM 50,000 dan RM 100,000. Tambahan pula, pesalah juga akan hilang kelayakan lesen selama 10 tahun bagi kesalahan pertama.

Pindaan akta ini turut mengambil kira pandangan orang awam menerusi kaji selidik yang melibatkan lebih 345,000 responden yang dilakukan oleh Kementerian. Hasil kajil selidik tersebut, 94 peratus bersetuju jika hukuman lebih berat dikenakan bagi pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×