berita

Aktif Anjur Program Fitness, Sharifah Sakinah Akui Sudah Ramai Mula Ikut Jejaknya Tayang Perut

March 21st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

sharifah sakinah

Rasanya semua sudah sedia maklum mengenai program fitness yang dianjurkan oleh pelakon bertubuh seksi, Sharifah Sakinah ini bukan?

Walaupun menimbulkan kontroversi di awal penubuhannya, program yang sering diadakan di taman rekreasi KLCC itu dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peminatnya dan juga beberapa selebriti seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila.

Artikel Berkaitan:

Malah, menerusi laporan Malaysian Digest, pelakon itu memberitahu bahawa kini sudah ramai mula mengikut jejaknya untuk muatnaik foto ‘tayang perut’ di laman Instagram.

sharifah sakinah Antara foto yang dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah di laman Instagramnya

“Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut.

Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.”

Pelakon berusia 25 tahun ini juga memberitahu bahawa dia sanggup mengurangkan jadual lakonannya semata-mata mahu fokus terhadap program kesihataanya ini.

“Sebenarnya saya dah mula kurang ambil tawaran berlakon sebab nak beri tumpuan pada program ni. Misalnya dalam sebulan, saya peruntukkan 20 hari untuk jalani penggambaran dan 10 hari saya fokus pada fitness.

Tapi saya tak akan berhenti berlakon. Sebaliknya nama saya sebagai artis platform untuk menarik orang ramai sertai program ini.”

Dalam perkembangan terbarunya, Sharifah Sakinah juga memaklumkan bahawa dia juga bakal memulakan sesi penggambaran filem ‘Pekak’ pada minggu hadapan. Mari kita lihat lagi beberapa foto Sharifah Sakinah yang makin cantik ini!

Kredit Foto : Instagram Sharifah Sakinah

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×