berita

Aktor Park Ji Hoon Meninggal Dunia Kerana Kanser Perut

May 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Industri hiburan Korea Selatan sekali lagi digemparkan dengan berita kematian seorang aktor yang sangat berbakat iaitu Park Ji Hoon.

Hidap kanser perut

Menerusi laporan yang dipetik daripada Allkpop, Park Ji Hoon yang berusia 31 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 Mei 2020 yang lalu akibat kanser perut. Walaupun sudah hampir 3 hari meninggal duna, tetapi berita sedih pemergian pelakon kacak ini baru sahaja diumumkan oleh ahli keluarga menerusi akaun Instagramnya pada 14 Mei 2020 yang lalu.

Kami meninggalkan coretan ini dalam dua posting yang berbeza kerana bimbang mereka yang tidak dapat menghubungi Ji Hoon menyangkakan itu adalah berita palsu.

Dalam posting itu juga, ahli keluarga Park Ji Hoon turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi kata-kata semangat walaupun dunia sekarang sedang berdepan dengan wabak maut Covid-19.

Pelakon drama Chicago Typewriter

Ahli keluarga pelakon kacak yang pernah membintangi drama Chicago Typewriter pada tahun 2017 itu juga memaklumkan bahawa Park Ji Hoon akan diabadikan di Ilsan Blue Soul Memorial Park.

Kamu semua telah memberikan kami kekuatan untuk melalui saat sukar ini, tidak hanya kepada saya tetapi keluarga kami juga.

Tambah ahli keluarga Park Ji Hoon lagi, mereka tidak akan melupakan momen dan berharap agar orang ramai akan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Sumber: Park Ji HoonAllkpop

SKIP THIS AD ×