Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa bengang apabila ada pihak yang suka memberi nasihat tanpa diminta.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Dipuji Cantik Macam Bidadari Syurga, Kak KM Dedah Bakal Tunai Umrah 7 Julai Ini
Artikel berkaitan: [VIDEO] Suami Tak Izinkan Kak KM Cari ‘Bodyguard’ Kacak Sebab Cemburu – ‘Dia Kata Dia Boleh Jaga Saya’
‘Aku tak minta nasihat kau’
Menerusi perkongsian di TikTok, Kak KM berkata, dia tidak suka ada orang yang menyuruh dirinya bersabar ketika ditimpa musibah.
Hidup ni kau suka ke, kau tak suka ke dengan kehidupan kau, hidup nak kena teruskan juga. Kau nak semangat ke, kau nak mati ke, kau nak sukses ke, apa sahaja itu semua datang daripada kau sendiri.
Kalau orang nak nasihat kita kuat lah, tabah lah, orang tak tahu apa yang kita lalui dan berdepan. Aku cukup benci bila kita dalam masalah orang cakap ‘sabarlah’. Aku tak minta kau punya nasihat.
Menurutnya, ada beberapa jenis orang yang memberi nasihat dan turut berpesan setiap orang mempunyai ujiannya masing-masing.
Bila kau nampak muka seseorang tu tengah moody jadi kau rasa kau nak bercakap sekadar kau bercakap. Tak perlu menasihati sebab kadang-kadang orang beri nasihat ada tiga jenis.
Satu, dia ni nak padankan muka kau. Dua dia yang jenis ikhlas. Yang ketiga, dia rasa bila dia nasihatkan kau suruh bersabar, dia rasa dia tak ditimpa musibah atau apa-apa benda yang tak baik.
Kau tunggu lah, sikit lagi kau pula dapat. Mudah je kadang-kadang kita tengah gembira, jangan ingat kau gembira selamanya.
@lianarosli.sweetdara? original sound – KM Beauty & Cosmetic
Sumber: TikTok