Bekas isteri kepada pempengaruh dan usahawan, Jofliam iaitu Cik Epal memaklumkan dirinya telah pun memfailkan hak jagaan kedua anaknya iaitu Han dan Yuki.
Artikel Berkaitan: Jofliam Kesal Tak Dapat Hubungi Anak-Anak, Mohon Cik Epal Balas WhatsApp – ‘Dah 2 Hari Hilang, Han Tak Pergi Sekolah’
‘Doakan aku’
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud memuat naik foto dokumen memaparkan dirinya menuntut hak jagaan dua orang anaknya itu daripada bekas suami, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar.
Di ruangan kapsyen, ibu kepada dua orang anak meminta orang ramai untuk mendoakan agar urusannya dipermudah.
Aku telah failkan hadhanah untuk Han dan Yuki semalam (Selasa). Doakan aku menang tau.
Dah pergi mahkamah
View this post on Instagram
Sementara itu, Cik Epal turut berkongsi momen dirinya sewaktu berada di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam bersama barisan peguam yang mewakilinya.
Menerusi hantaran tersebut, Cik Epal sempat berseloroh mengatakan dirinya lebih rela memakai beg tangan murah asalkan tidak memakai beg kepunyaan orang lain.
Saja nak menayang beg tangan tiga puluh ‘hengget’ aku bawa pergi mahkamah.
Aku suka sebab banyak ‘compartment’ beg tangan ini. Senang nak sumbat semua benda dalam itu.
Pakai beg tangan murah pun tak apa, janji tak rembat beg tangan orang, kan?
Sebelum ini, Cik Epal meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui barang peribadinya telah digunakan tanpa izin.
Bagaimanapun, Jofliam tampil menjelaskan dengan mengakui dia telah memberi beg tersebut kepada Dewi atas sebab tanda ‘rebel.’
Imbas kembali, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Instagram Cik Epal