berita

‘Aku Dipukul Masa Hamil, Kepala Dipijak & Perut Ditendang Bekas Suami & Keluarga’

July 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

didera suami

Tak dinafikan, setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan hubungan yang berkekalan hingga ke syurga. Namun tidak semua pasangan berpeluang mengecapi kebahagiaan bersama insan tersayang.

Artikel Berkaitan: Isteri Jadi ‘Singa’ Lepas Kahwin, Suami Ketakutan Fail Cerai Kerana Trauma

Artikel Berkaitan: Isteri Setia Lunas Hutang & Jaga Ketika Sakit, YouTuber Terkenal Nikah ‘Penyondol’ Senyap-Senyap 

‘Kahwin kali pertama kena pukul dengan bekas suami’

didera suami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang wanita yang menceritakan pengalamannya sebagai seorang penghidap kemurungan namun terus bangkit meskipun berdepan dengan pelbagai masalah.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita ini memberitahu bahawa dia gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali. Malah menerusi laporan perubatan menyatakan bahawa mangsa telah dirujuk ke hospital selepas mengalami kecederaan dipercayai akibat dipukul oleh suaminya di rumah. Lebih mengejutkan apabila mengetahui, ketika kejadian usia kandungan mangsa baru mencecah 12 minggu.

Kahwin kali pertama kena pukul dengan bekas suami dan keluarga dia. Kena berhenti belajar sebab kena tipu. Bermula dari sini lah penderitaan aku. Kena pukul masa tengah hamil, kena tumbuk, pijak kepala dan tendang perut.

‘Lalui semua sendiri besarkan anak tanpa nafkah..’

Disebabkan keadaan tersebut, mangsa mengalami kemurungan sehingga menyebabkan mangsa pernah terfikir untuk membunuh diri namun tidak meneruskan niatnya kerana memikirkan dirinya yang sedang hamil. Susulan daripada itu, wanita ini nekad untuk menuntut fasakh.

Lalui semua sendiri besarkan anak tanpa nafkah dari bekas suami. Alhamdulillah anak-anak dah besar.

Tidak lama kemudian, wanita ini kembali bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga keduanya bersama pilihan hati. Namun, kebahagiaan yang dibina tidak berkekalan.

Lepas kemalangan, ada orang melawat. Lepas tu, segalanya tiba-tiba berubah sekelip mata. Sihir pemisah? Aku je yang percaya.

Wanita ini kemudian disahkan hamil sebelum dia diceraikan dengan talak satu. Sejak daripada itu, dia menjalani kehidupan sendirian tanpa sosok suami di sisi termasuklah melakukan pemeriksaan kandungan.

Bersalin seorang diri. Tamatlah tempoh idda aku masa ni. Stress sebab ramai orang persoalkan macam-macam kenapa bercerai. Sampai doktor pun ada juga yang tanya ni bukan anak bekas suami ke? Hanya tuhan yang tahu perasaan aku.

Aku ada kemurungan, tinggal jauh dari keluarga sebab tak nak bebankan fikiran mak ayah.

Tambah wanita ini lagi, tujuannya berkongsi kisah ini adalah sebagai pengajaran selain untuk memberi kekuatan kepada ibu-ibu tunggal supaya terus kuat demi anak-anak.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×