Gambar sekadar hiasan
Seorang suami bertindak memohon peceraian kerana mendakwa isterinya berubah sikap daripada seorang yang lemah lembut kepada seorang yang garang dan sering meninggikan suara.
Artikel Berkaitan: Isteri Setia Lunas Hutang & Jaga Ketika Sakit, YouTuber Terkenal Nikah ‘Penyondol’ Senyap-Senyap
Artikel Berkaitan: Hilang 3 Tahun Tiba-Tiba Nikah Lain, Isteri Pertama Mengamuk Serang Kenduri Kahwin Suami
Dulu lembut sekarang garang
Gambar sekadar hiasan
Perkongsian tentang rumah tangga pasangan itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, yang memaparkan luahan seorang individu yang sedang berdepan dengan kes perceraian.
Menurut individu tersebut, lelaki berkenaan bertindak sedemikian setelah melihat perubahan sikap isterinya ketika sedang hamil anak kedua.
Si suami mohon cerai sebab isterinya garang, dah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin. Katanya dia memilih isterinya sebab dia seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah.
Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah-marah dan sejak anak kedua itu lahir, si isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit pada anak pertama sampai dia pun terkejut dengar jeritan isterinya.
Difahamkan bapa kepada dua orang anak itu seorang yang lemah lembut dan sudah sedaya upaya menegur isterinya namun tidak berhasil sehingga nekad untuk bercerai.
Sementara itu, pasangan tersebut juga pernah menghadiri ke sesi kaunseling di mahkamah namun lelaki tersebut masih mengalami trauma.
Dia dah pesan banyak kali, dah tegur namun isterinya tak berubah kalau berubah pun sekejap sahaja.
Dia lebih tenang bila keluar bekerja, bila balik rumah hatinya mula rasa takut. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.
Berubah ikut keadaan
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, individu berkenaan tuurt menegaskan bahawa seorang wanita akan berubah sikapnya terutama ketika di dalam fasa membesarkan anak-anak.
Selepas ada anak dan anak mula lasak automatik dia akan lebih agresif, dia berubah mengikut keadaan.
Jangan pelik, ini terjadi kepada semua para ibu. Kerana dia perlu menjaga keluarganya dan dia ada keletihan yang tak sama seperti sebelum dia berkahwin.
Sumber: TikTok