berita

‘Aku Ingat Kau Kurus’ – Ditinggalkan ‘Kenalan’ Twitter Di Kedai Mamak Gara-Gara Tidak Secantik Gambar!

October 24th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kebiasaannya, perkara pertama yang dilihat pada seseorang mestilah penampilannya. Orang kata dari mata jatuh ke hati, namun ada juga yang melihat kecantikan seseorang itu dari hati budinya yang ikhlas. Ini kerana, rupa paras yang cantik tidak kekal lama dibandingkan dengan hati yang tulus.

Seorang pengguna twitter berkongsi screenshot dm luahan seorang individu kepada Marikha, gadis itu ditinggalkan di kedai mamak hanya kerana dirinya gemuk. Lebih 5 bulan berkenalan di whatsapp, lelaki tersebut ajak berjumpa kemudian ditinggalkan begitu sahaja setelah dapat tahu dirinya tidak secantik di dalam gambar.

Jumpa dengan kenalan twitter

Seorang individu berkongsi pengalamannya berkenalan dengan seorang lelaki di twitter, tidak lama kemudian mereka bertukar nombor telefon dan menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Lima bulan kemudian, lelaki berkenaan ajak berjumpa.

‘Sorrylah dalam gambar ingat kau kurus’

Sebaik sahaja gadis ini naik kereta, lelaki tersebut hanya diam. Dia berhenti di sebuah kedai mamak dengan alasan mahu beli roti canai. Kemudian, dia minta wanita ini turun mengambil roti canai yang dibungkus. Tanpa dia sedar, rupanya lelaki ini sudah lari meninggalkannya seorang diri di kedai tersebut.

Panggilan tidak dijawab, lelaki ini hanya sms, ‘Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau kurus, tengok-tengok gemuk. Best tak kena tinggal?’

‘Best tak kena tinggal?’

Ya Allah, kesiannya gadis ini. Kalau tak suka pun, janganlah tinggalkan di kedai mamak macam itu je. Apa salahnya bagi alasan yang lebih logik. Tak guna betul!

sumber : fara_zulaika

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×